perihal manusia

June 2nd, 2009 by kenapenye

Ainon Mohd. 

Apabila lelaki mengalami masalah dalam perhubungan dengan pasangannya, dia akan tutup rahsia itu rapat-rapat, supaya tidak ada sesiapa yang tahu, begitu sekali sehingga kawan karibnya sendiri tidak tahu. Apabila perempuan mengalami masalah begitu, dia cari sesiapa sahaja yang mahu mendengar curahan hatinya, sehingga satu kampung tahu….

 

Fandy Taher at 10:44pm June 2

sgt setuju dgn yg ini…

 

Muhd Nasruddin Dasuki at 10:50pm June 2

Saya setuju sebab lelaki suka pendam dan bijak simpan rahsia. Tetapi adalah lebih baik jika masalah itu dikongsi bersama.

 

Khairi Bin Jalalluddin at 10:51pm June 2

Perempuan akan menghabiskan 10 000 perkataan dalam sehari kata pakar psikologi, sebab itu selagi tak habis perempuan akan bercakap.

 

Zaidi Azraf Zainal Azmi at 10:53pm June 2

setuju dengan Tuan Nasruddin…cuma kita takut bahagian ‘pengawalan’ dan ‘ketahanan’ sahaja yang tidak dapat dikawal….kita kan manusia…ada limitationnya yang tersendiri…wallahualam….

 

Nur Ilham Hamzah at 11:00pm June 2 via Facebook Mobile

Hahaha.. Ada benarnya. Tapi, meMENDAM & menCURAH masalah adalah tindakan yang kurang elok. Apakata masalah tersebut kita 

permudahkan semoga ia menjadi satu kebaikan kepada semua. :-)
 

Zaidi Azraf Zainal Azmi at 11:02pm June 2

ada juga kes ‘memendam’ kerana hendak menjaga sesuatu perkara….dan juga ada juga ‘curahan’ yang baik untuk menjernihkan suasana…yer…semua untuk kebaikan….

 

Muhd Nasruddin Dasuki at 11:16pm June 2

Macam manalah orang perempuan tak cari orang lain untuk curah perasaan, sebab bila orang perempuan luah masalah, pasangannya buat tak kisah. Betul tak ramai yang begini?

 

Spyz Tom Faizul at 11:42pm June 2

bukan aje satu kampung, satu negara (masuk tv..) :-)
 

Rogayah Masri at 12:07am June 3

Saya setuju betul pendapat Muhd Nasruddin..ramai yang buat pompuan macam x der perasaan…

 

Nazira Noran at 12:39am June 3 via Facebook Mobile

sebab tu lelaki ramai pendek umur.. Suka pendam masalah sampai sakit bdn… ada juga kajian (lupa baca rencana kat mana) yg mengatakan mereka murung, muram, kurang senyum atau bekeng ni ramai sakit jantung.. Betul tak puan?

 

Bahruddin Bekri at 12:51am June 3

Mujur sekarang ada blog. Kalau tidak diucap pun, setidak-tidaknya ia ditulis. Terima kasih blog.

 

Mohd Afezi Abdullah at 12:54am June 3

mcm kisah akil hayy n isterinya ajer..

 

Mohd Afezi Abdullah at 12:55am June 3

Bg lelaki menceritakan masalah terutama peribadi tu satu kelemahan..

 

Ammar Sidqi at 1:32am June 3

yeke betul tu saya pun..lelaki mmg mcm tu..

 

Herman Samsudeen at 2:08am June 3

Ada benda yang boleh dipendam, ada benda yang perlu diluahkan. Masing-masing ada perangai. Terkadang memendam itu lebih baik, adakalanya meluahkannya pun baik. Cuma jangan kerana memendam masalah tak selesai, kerana terlebih luah masalah jadi lagi parah. Pandai-pandailah gunakan akal untuk selesaikan masalah. Jangan dua-dua pendam atau dua-dua kepoh nak curah perasaan pula…itu lagi haru

Bookmark and Share

ohhh…. bahasa

May 18th, 2009 by kenapenye

Sejurus sesi perkenalanku bersama Ustaz Ashraf, Tuan Ali Atan dan Cik Marianti semasa bengkel anjuran Puan Ainon petang semalam, aku bercekal hati menjalankan ujikaji, bagi melihat sejauh mana keberkesanan beberapa teori Tatabahasa Melayu Tinggi yang telah kami pelajari.

 

“Keropok lekor, dik?”

 

Seorang perempuan bertudung litup yang berpangkat makcik, dengan dialek bahasa yang berbunyi seperti dari tanah seberang, cuba menegurku tatkala aku mendekati gerai tepi jalannya yang tidak jauh dari tempat perbengkelan kami. Tuan-tuan pasti terkejut dengan reaksiku pada pertanyaan pendeknya itu.

 

“Puan, jika saya tidak menyukarkan Puan saat ini, bolehkah saya mengambil tahu, berapa batangkah keropok lekor yang saya peroleh untuk satu ringgit?”

 

Ayat itu memang benar-benar yang aku ucapkan dan tidak menokok tambah apa-apa perkataan lain. Mulanya, aku agak gugup juga saat itu kerana dikhuatiri aku bakal dilabel gila, atau seorang sasterawan negara pula oleh perempuan tua itu.

 

“Seringgit lima, dik.”

 

Beliau menjawab singkat, sambil bibirnya melipat senyum yang bergetar, seakan sedang menahan akan letupnya sebuah hilai tawa saja lagaknya.

 

“Kalau begitu, sudikah kiranya Puan membungkuskan keropok lekor yang panas dan senilai dengan satu ringgit untuk saya?”

 

Kemudian, perempuan tua itu menunaikan permintaanku, dengan menyepit satu demi satu keropok lekor yang siap digoreng, lalu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil bersama sebungkus sambal buatannya sendiri. Akhirnya, akad jual beli kuucap, dalam masa yang sama kuhulurkan sekeping not berwarna biru.

 

“Saya beli ya, Puan.”

 

Selang 15 minit,

 

“Oleh disebabkan struktur keropok lekor yang Puan goreng ini lembut di dalam dan rangup di luar, ditambah kepekatan sambal yang sekata lagi sedap, saya mahu lagi keropok lekor yang bernilai seringgit, bolehkah Puan?”

 

Kini, senyum si perempuan tua itu tak dapat kuungkapkan lagi dengan perkataan. Menambahkan lagi kehairananku, pergerakan tangannya kali ini semakin lincah menyepit beberapa batang keropok lekor tanpa menghitung jumlah yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik baru. Andai dikira-kira, hampir berjumlah dua ringgit yang wajar kubayar padanya.

 

“Errr.. Puan.. “

 

Belum sempat kujahit kata-kata, perempuan tua itu memancung ucapanku dengan laju;

 

“Tak apa. Saya belanja.”

 

Peristiwa ini sememangnya takkan sekali dapat kulupakan biar sesaat pun dari pita memori ini. Penggunaan Tatabahasa Melayu Tinggi memberi dampak yang aku sendiri tak terjangkakan.

 

Terbukti, penggunaan bahasaku tadi telah mengundang sikap prejudis perempuan tua itu terhadapku. Mungkin dia menganggap aku ini ’siapa-siapa’, walhal aku cumalah manusia ‘biasa-biasa’ yang mungkin sama saja taraf dengannya.

Bookmark and Share

cantik??

February 12th, 2009 by kenapenye

what mean’s by cantik di pandangan mata umum —

DIRI ANDA?, PAKAIAN? SIKAP ANDA?ADIK ANDA? BEG ANDA?

what ever it is 4 me, cantik ialah apa yg digariskan oleh ISLAM… sesama family, umum.. - mahram, bukan mahram– all that stated in AL_QURAN.. so knowing the guidelines and take action…

Bookmark and Share

hijrah

February 12th, 2009 by kenapenye

maal hjrah- mndapat kasih syg rasul, pngrbanan n hijrah nabi.. stiap amalan dgn niat.. kasih syg rasul-ksedapan iman.. mgaku islam, namun jauh dari agama islam.. malapetaka adlah klembutan allah..orang  cerdik adlah meriksa diri n buat prsediaan utk khdupan slepas akhirat.. doa akhir tahun-mndapat keampunan allah.. doa awal tahun- smoga allah mnjaga diri kita dari mlkukan maksiat., hijrah(kubra) mekah ke madinah-istilah.. brhijrah dari satu kelakuan kpd klakuan yg lain-lughah..berubah yg trbaik.. hijrah yg kecil..

slepas 10kenabian, brlaku prstiwa mnydihkan-tahun ksdihan-  kematian s.khadijah n bapa saudaranya abd mutalib.. disaat dprlukan maka ditarik allah ke2nya.. hikmahnye.. manusia x perlu memandang kpd k2nya bila brlakunya pengmbangan islam.. supaya nabi x dpndang rndah.. atas kkuatan bliau sndiri.. tolak kuasa, harta, nafsu utk kpentign agama.. x ada satu zman, detik, sejak dlantik hingga wafat.. nabi x pernah mminta kuasa.,briman dgn allah..islam akan naik bila dlm diri stiap muslim islam brda diatas stiap pelaksanaan..katakan dgn lemah lembut spaya briman dgn allah..

munajat nabi- x penah mncci musuh, mgaibkan musuhnya.. 38sahabat brhjrah dari mekah ke habsyah.. raja habsyah trima.- hijrah mnylamatkn iman.. nabi ke toif brsama zaid harithah- perlindgan.. namun ditolak teruk oleh pmbesar2 toif.. sntiasa akhlak mnjadi prkara utama dlm pngmbangan islam.. akhlak, mengagungkan agama allah..12tahun sultan alfateh utk jadi pmrntah bani othmaniah.. pd pmbukaan cnstantnpol .. 2 org guru yg mnjaga bliau.pd umur 21 bliau mgmpul tntera dan mnyrg cnstpol. sblum i2 dia mndidik tnteranya. ujian buah dlima dan tidak dbri krana risau akan mknan haram mrskan sultan i2.

dalam kita nak mngakkan agama islam, namun masih trdapat prmpuan yg x pakai tudung, krosakan akhlak.tarbiah dlm pnddkan islam. brmula daripada ilmu kita perlu brubah.tauhid, feqah, tasawuf-agama islam trtinggi. sdikit amalam serta mgtahui allah lebih brmanfaat brbnding amalan tanpa mngenal allah.allah mghilangkn ilmu dgn kematian ulama’.banyak org pandai brcakap tadi sdikit ulama..-imam ghazali dizamannya.kita ke arah khancuran. tiap2 org ade ilmu tapi x bramal lebih teruk dari yg mnymbah brhala.tgkatkan amalan, ilmu.musuh kita diakhirat kelak bg seorg lelaki ialah yg dikasihinya.jaga diri kamu n kluarga dari api neraka

Bookmark and Share

world within 2

February 12th, 2009 by kenapenye

When i was in 3rd year of jr.high, i was feelg really sick 1 day. So i left schol early n went home n..  Out of my house, one uncle came out. I was wndering, “who is he?” so i went inside, n… Mom was drinkg tea after taking a shower, as if nthing happend. So i thought i must hav seen wrong n didn’t ask mom anytg.

Then couple days later, i came home with my friends.. N this one girl said, ‘is this ur house? Isn’t this mi ok’s house?’ n like that, while pointg my best frind rite next 2 me.. Not knowing anytg..  I said, ‘what ar u talkg about? This is my house.’ then that friend said..  ‘what ar u talkg about? I saw mi ok’s dad come out of here multple times.’ even so, i went 2 schol. Bcoz if i didn’t go, then all that would bcome the truth. Even though they cursd mom behind my back n gossipd, as if i didn’t hear anytg, laughing, n chattering.. Mi ok never came 2 school after that. I hated dad living with mom so much.

THAT’S TRUE, I CAN’T UNDSTAND MY MOM. BUT, WHAT AR U GOING 2 DO ABOUT IT?! DO U KNOW THAT MUCH ABOUT ME?! Why do u talk 2 me so carelessly?! What do u know about anytg?!

DO U THINK LOVE COMES 1ST OR TRUST COMES 1ST? Tell me.. 4 me, trust come 1st..

PLEASE STOP PRETENDING THAT U KNOW EVRYTG! Why do u keep prtndg when u dont?!

Evryone has dfrent reasons 4 breakg up with their lovd one. 4 some people, the prblem lies in their pride. Some is due 2 the fact that they’re poor. Some is due 2 a poor fate. Some just lack love. Some love too much. Some is due 2 the dfrence in charcter n values. Though people claim all these 2 be the prblem, they’re x the actual reason 4 the break up. Evrytg, like me now, is just an xcuse..i promisd 2 myself about a thousand times, never 2 break up with her again. But, i still broke up with her eventually. I made the decision myself, but why do i feel like cryg? How do people brk up with the people that they love?

Is this fun? We’re just like lovers who hav been tgther 4 years. Arguing all the time..n i calling u ‘darling’. It’s realy like we’re living today. Fun rite? Am i rite?

Bookmark and Share

WORLD WITHIN…

February 5th, 2009 by kenapenye

we can 4get those who treat us well,
but never those we hurt,
that’s human
although that may have a correlation to naivety
_________________________

a new relationship can start only after the old one has been settled well..
but 4 me, i didn’t bid him a final farewell,..
i just said thanx..

i dont think he realizes, how much more mature i’ve bcome during this period, i have 2 do an op now..

thank u..
______________________________

unable 2 undrstand, that’s why we keep talking..
unable 2 understand, that’s why we keep our feelings inside our hearts..
actlt it isn’t that we’re unable 2 undrstand, it’s bcoz we’re in love.. i have learned this..

_______________________________

my mom once said, u’d always be obstructed in life, bcoz life is so cold, so ungracious… it would never be what u’d xpect it 2 be. not just me, anyone can be obstructed, so don’t feel so wronged..those things don’t really count, but that’s coming from my mother who lived 4 numbers of years. as 4 us, who ar still so young, all of those things.. they matter. damn it..

_________________________________________

thinking about it, its x that i was angry with MALAY dramas that emphasize innocence. it was myself i disliked 4 never having felt that.. why? did it hurt my pride 4 me 2 love the other person more than he loved me? its enough that he runs 2 me like this… i can just believe in the man who’s run 2wards me.. what was i afraid of? that day… i pledged 2 myself 4 the 1st time 2 feel the innocence with him.. even if he cant keep that promise, isn’t it enough if i do?

BETRAYAL IS MY NATURE

seriously, though i can’t stand women nagging, i hate men nagging too..

Bookmark and Share

little bout him!!

February 3rd, 2009 by kenapenye

why i’m too bored 2 watch malay drama ke filem ke…
coz it take too long time 2 move from one scene to another with such ‘bunga2′ yg tak perlu langsung… bertambah bosan adela
supposely cube masuk bende2 yg berteori ke, any concept ke yg sememangnya originally ‘terpelajar’ n dah le si director pun tak tau camne shoot gambo bagi lawa, ade daya penarik.. huhuhuhu

n..n..m… eh n… n.. n.. satu lagi adakah sememangnya dlm setiap perhubungan yg memang intim perlu untuk spouse or pasangan memahami perasaan pasangannya without even says walaupun sudah 20 tahun berkahwin.. adakah semestinya after that period a husband should expected his wife to know what exactly he want??!!

aku…aku.. dia.. eh aku..aku… have my own opinion… really kalo hal remeh2 of coz si husband perlu tahu kehendak si isteri n sebaliknya.. but dont take ‘expectation’ ‘anggapan’ yg setiap pasangan faham akan perasaan kita perlu ada dalam setiap hal…. KITA PERLU BERCAKAP, BERBINCANG… EVEN KEKADANG BENDE YG REMEH… cakap je…

bukan pe actly aku nak relate with ape yg aku said earlier at above ‘experiences’… kita tengok dalam filem or drama melayu banyak berlaku pergaduhan, perceraian hanya semata2 kita mengganggap si pasangan mengetahui apa kehendak kita n akhirnya setiap niat kita terbantut coz rupe2nye sepatah haram pun tak terlintas di otak pasangan yg satu lagi tuuu….

so, kita lebih suka diam daripada bercakap kerana mengharapkan percintaan yg terbina kerana kita saling memahami dan apetah lagi ayat2 yg kononnya sedap didengar untuk pasangan yg bercinta…. AKU TULANG RUSUKMU lah… SANGGUP KU REDAH LAUTAN YG DALAM laaa…..

HEBAT…HEBAT….JEBAT…eh HEBAT..HEBAT… manis di mulut but tak sedar yg gigi dah tiada… xde benda untuk diharapkan… nak ratah pun tak larat…

itulah…. serius, maybe it’s me yg cube aku bawakan… aku penah jadi student architecture n ape yg aku tau setiap benda perlu ada atas paper bukan setakat memikir di otak… n its too subjective… jangan harap design kita sama n gred yg kita dapat juga sama… a lot n alot benda yg tak pernah rasa betul rupenye betul when we present to others… perit… perit… perut… eh perit… perit… jadi student … dulu laa.. ini pun tak confirm nak sambung or not..

so… it’s really shown how the reality might become… dont keep by urself.. SHOUT!! EVEN TRY ADD WITH BODY LANGUAGE, heh… jangan terlalu mengharap, please… bagi aku in lots of situation please speak for urself, jgn jadi mcm filem or drama2 melayu coz memang meke dah kehabisan idea n nak cukupkan timing je untuk proceed for another stage…

even inside quran stated BACALAH!! speak to get the knowledge… so maybe by speak up for urself alot time can be save rather than expectation… itulah… inilah…

behold to the force of Yoda!! ape ni…..

contoh….contoh… my friend n i went for shopping,not shoplifting… then dia tunjuk itulah inilah but at the same time bumble-merepek kata harga mahal tapi suka, suka tapi tak berkenan lah…. lama pulak tu dok jenguk2 barang…. nak sangat tapi duit tak berapa nak cukup…

abih2 aku tanya hang nak rm 300 ak tambah mane tau nak beli terus tak yah buat decision lame sangat, pe2 duit tu memang aku tak sentuh pun tuk bulan ni..

then memang betoi dia amik duit tu n beli ape yang dia nak… so settle masalah tak yah dok perabih keringat kaki aku ni… cepat2 beli n balik, makan,…. tido..
tu amik masa gak dia nak bayo utang tuh… mau 3 bulan..

SO, CAKAP…CAKAP… KITA TAK TAHU APA SEBENAR YG ADA DALAM KEPALA OTAK NI KECUALI TUHAN… SO IN WHATEVER SITUATION ITS REALLY N REALLY GOOD TO SPEAK UP!! N DONT HAVE TOO MUCH EXPECTATION YG KITA MENGHARAP PASANGAN MEMAHAMI KITA WALAUPUN DAH KAWIN KAT 40 TAHUN…

komputer aku dah tua…. nak li laptop le..

Bookmark and Share

kita siapa??

February 1st, 2009 by kenapenye

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

‘Abang nak beli kuih ?’ Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik abg dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya. “Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. “Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. ” Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. “Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya. “Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. “Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abg nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. “RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!

Bookmark and Share

kisah cinta

February 1st, 2009 by kenapenye

kisah cinta

 

Baju hijau pucuk masih tersarung indah pada tubuhku. Aku tersenyum namun hati beralun resah menyelongkar itu ini. Diari, dimanakah kamu? Diari itu terselit sepucuk surat yang aku simpan empat tahun lamanya. Surat itu juga aku harap dapat aku hulurkan pada manusia yang aku ingin dia baca dan tafsirkan. Surat yang aku tidak pasti perlu atau tidak aku berikan.

 

Di mana???! Arghh, suhu darahku sudah meningkat dek kerana amarah tidak berjumpa diari yang dicari. Sementara dia tidak melangkah masuk ke bilik ini, aku berharap akan cepat ketemu. Aku ingin membacanya buat kali terakhir sebelum aku lupuskan warkah itu dari alam nyata. Juga sebelum aku luputkan segala harapan dan impian agar bersemadi bersama perginya warkah empat tahun itu. Cepatlah!

 

Mata aku akhirnya melirik pada kotak kasut di bawah katil yang tersorok jauh. Ya! Disitu! Lupa pula aku mengalihkan kedudukannya tatkala aku terlalu asyik membacanya berulang kali. Tidak ditambah lagi berapa kali hati aku mencerlung derita. Betul! Di situ. Aku mengambil perlahan. Berdebar juga. Setelah sekian lama aku simpan, hari ini aku umpil kembali. Membaca sebelum aku kebumikan terus.

Perlahan aku buka, dan setiap baris ayat aku layarkan…

 

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan bicara.

 

Kehadapan seorang manusia yang ingin aku miliki hatinya.

 

Ahmad Haris,

Saat aku layarkan warkah ini buat kamu, pasti dalam hatimu penuh bicara benci untuk seorang gadis bernama aku, bukan? Tidak kisahlah. Engkau layak untuk benci itu, dan aku layak untuk tindakan aku ini. Dan kita sama-sama tidak mengerti tentang perjalanan hidup yang sengaja kita kelirukan. Sungguh aku bercelaru. Andai surat ini berada dalam tanganmu, anggaplah segala rahsia hati aku terlerai sudah.

 

Ahmad Haris,

Masih ingatkah saat kita masih kecil remaja. Ya, kita di tingkatan 4. Dan sekarang aku dan kau sudah pun menginjak dewasa. Kita sudah 21 tahun sudah. Manusia begini kalau aku masih tidak mengerti perasaan yang Allah lahirkan dalam hati aku untuk kau, maka tidak normallah aku. Har, sungguh aku ingin kau tahu. Saat kita meniti hari bersama, saat itu jualah aku berkira sendiri. Beginikah rasa meniti usia remaja bersama jejaka sekacakmu. Namun tidak sama sekali aku hancurkan persahabatan yang terjalin hanya kerana rasa yang baru bertunas ini.

 

Ahmad Haris,

Segala yang tercipta pasti ada rahsia tersimpan. Dan aku yakin dengan kisah aku bersama kamu. Masih ingatkah kamu saat nombor aku tertera pada skrin telefon kamu. Satu nombor pengacau aku kira. Itulah silap terbesar dalam hidup aku. Har, masa tu aku terlalu taksub dengan telefon bimbit yang aku beli. Dan ketaksuban itu bertambah tatkala aku memperolehi nombormu. Bodoh benar aku saat itu. Dan benarlah firman tuhan yang menegaskan bahawa janganlah dihampiri zina. Aku sengaja memilih jalan itu. Jiwa remaja, yang mengundang nestapa hingga saat aku di sini.

 

Ahmad Haris,

Aku gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz yang tidak jemu membantu aku. Tahfiz yang kerap menasihati aku. Aku sungguh gembira mengenali kamu. Seorang tahfiz berpewatakan segak. Tahfiz penuh dengan unsur-unsur nasihat. Tahfiz yang aku kagumi. Itulah selayaknya. Namun Har, aku terlupa bagaiman sifat manusia yang kerap berubah seketika.

 

Ahmad Haris,

Ingatkah kata-katamu yang ingin memiliki aku. Ingatkah janji-janjimu ingin mengambil aku sebagai surimu? Ingatkah setiap baris ayatmu yang ingin menyuntingku? Har, lupakah kamu kita baru di tingkatan lima. Hati dan perasaan boleh kecundang dek berkhayal jauh tentang masa depan yang masih belum dipastikan hitam putihnya. Tapi Har, aku tidak dapat sama sekali menipu memang aku sudah menetapkan setia bahawa dalam hati aku sudah dimiliki kamu. Sekalipun begitu, aku masih berpegang dengan prinsipku, cinta hanya pada masa dan mereka yang selayaknya. Umur menafikan cinta sebagaimana kematangan tidak membenarkan. Dan saat itu, aku kerap mengulang ayat..andai benar kau untukku, aku gadis yang tercipta dari tulang rusukmu, pasti, aku tetap menjadi milik kamu. Dan engkau acap kali mengingatkan aku tentang setia, tentang hanya aku akan berada di hati kamu, tentang hanya aku yang ingin dikahwini kamu. Bodoh benar zaman remaja. Ah, air mataku menitis lagi!

 

Har, ini pun aku ingin kamu selalu tahu,

Walaupun bibirku tegar menyatakan tidak tentang hubungan itu, hati aku lain pula bicaranya. Aku sungguh terlalu setia dengan kamu. Aku juga sudah meletakkan hati aku untuk kamu. Tiada dua atau tiga, untuk lelaki yang akan aku gelarkan sebagai suami selain dari kamu. Bahkan, aku tidak meletakkan istilah ‘spare part’ untuk kamu. Har, aku setia. Hingga saat ini. Aku menjaga hati kerana tidak mahu zaman remaja aku, zaman remaja kamu hancur dek dunia perasaan yang menipu. Aku ingin kita menjaga setia dan berjaya. Kerana masa depan hanya ditentukan DIA. Hanya DIA. Namun, kamu berpaling terlebih dahulu. Mungkin doaku belum pasti untuk kamu. Dan juga mungkin aku bukan gadis terbaik untuk tahfiz seperti kamu. Aku hanya gadis biasa. Yang biasa-biasa sahaja. Dan kerana biasa itu, kamu tidak berhenti menyatakan, itulah keistimewaan aku. Har, aku rindu kamu!

 

Ahmad Haris,

Ada satu ketika kita bergaduh besar. Hanya kerana aku menyaksikan kamu bergembira dengan gadis selain aku. Aku kecewa har! Ketika kamu melangkah ke alam kampus, ketika semua gadis terpana dengan kekacakan tahfiz yang kamu ada, ketika dunia kamu dipenuhi dengan keindahan. Aku, aku kau tolak ketepi. Aku bukan lagi sesiapa di hati kamu. Aku hanya mungkin mimpi ngeri bertandang sekejap dan meniggalkan calit hina. Har! Hati aku haru! Namun, aku sering meletakkan bahawa manusia akan berubah. Pasti berubah. Apatah lagi kamu, yang mengendong quran yang suci di dalam hati. Kalau pun kamu akan berubah nakal, al-quran yang kamu hafal pasti menujukkan jalan. Agar kamu tidak tersungkur jauh. Har, nyatakan pada aku bahawa keyakinan aku ini tidak pernah silap!

 

Ahmad Haris,

Masih ingatkah juga ketika aku pulang berjumpa kamu. Aku telan segala perubahan kamu. Aku kunyah lumat segala perbezaan kamu. Kamu bukan Haris yang selalu aku kenal. Kamu bahkan menjadi Haris yang baru. Namun, kamu menerima aku. Aku tersenyum bahagia. Semakin mekar bila kamu membicarakan bahawa setiap gadis yang bertandang dalam hidup kamu dulu hanya persinggahan. Walaupun aku kecewa, tersangat kecewa, tetap aku telan. Har, lupakah kamu tentang ayat yang selalu kamu bicarakan. Apakah aku mahu bakal suamiku memilik ramai perempuan? Jika tidak, aku harus menjaga lakuku. Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Lupakah kamu?

Namun, aku tetap telan. Biarpun apa yang menimpa. Aku menerima kamu tanpa syarat, Har. Langsung tanpa syarat. Kini, sudah hancur, punah, musnah! Kamu menunjukkan seorang wanita lagi. Dan, kali ini aku tidak mahu terus menelan. Aku perlu juga menjaga hati yang robek dikoyak kamu. Aku memilih melangkah jauh dari kamu. Dunia kamu, dunia aku sudah jauh berbeza. Kita tidak mungkin lagi dapat berjalan atas laluan yang sama. Sama ada aku tersungkur atau kamu yang akan menolak aku. Kerana dalam hati kamu, aku hanya sampah yang harus dijentik ke tepi. Aku faham maksud tersirat kamu.

 

Ahmad Haris,

Bukan perkara mudah melupakan kamu. Buktinya sampai saat ini kamu meniti setia dalam setiap hari aku lalui. Har, juga bukan mudah untuk aku memadam segala bentuk perkara yang menghubungkan aku dengan kamu. Tindakan gila ini aku terpaksa lakukan hanya kerana ingin memujuk hati, jika benar kamu lelaki terbaik untukku, terbaik untuk agamaku, terbaik untuk duniaku, terbaik untuk akhiratku..kamu pasti akan kembali dan menjadi milikku. Kerana, aku adalah sebahagian dari tulang rusukmu. Namun jelas, kesetiaanku sudah tiada makna. Langsung tiada.

 

Ahmad Haris,

Lupakah kamu saat aku membalas mesej kamu. Aku menipu ngatakan aku akan pergi jauh. Aku fikir kamu akan bertanya lanjut, ke mana aku. Tetap silap. Kamu hanya menyindir dan mendoakan keselamatan jasadku. Dan kini aku mengerti, aku memang sudah tiada tempat dalam hatimu.

 

Har,

Sampai sini sudah warkahku. Tidak tahu apa lagi ingin aku bicarakan. Juga tidak mahu air mata ini menitis tanpa harga. Har, sungguh aku sayang kamu, sungguh aku ingin kamu…menjadi sebahagian aku. Aku masih setia. Andai satu hari nanti kamu kembali mencari aku, carilah aku. Aku menanti kamu. Jika tidak, doakan aku berjaya melupakan kamu. Doa tahfiz mudah di kabulkan. Bolehkan Har?

 

Ahmad Haris,

Ini kali terakhir aku ingin menyebut penuh namamu. Percayalah, sekalipun wanita yang bakal tercipta dari rusukmu itu bukan aku, percayalah walaupun aku akan kecewa, aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu, meski hati aku kamu remuk berjuta kali. Jagalah hati wanita itu, kerana aku tidak mahu ada lagi wanita menderita seperti aku…kerana kamu…

 

Yang tulus,

Aku..

 

 

Air mata mengalir juga. Mengalir lagi. Oh tuhan, tabahkan aku.

 

“Sayang?”

Senyap.

“Sya?”

Itu suara suami aku, dan aku tidak boleh merahsiakan segalanya kerana dia berhak ke atas aku. Sepenuhnya, termasuk cerita-cerita lalu.

“Sya menangis? Kenapa? Tak gembira kahwin dengan abang?”

 

Lelaki bernama Ruzaini aku pandang dalam. Aku yakin dia juga penuh persoalan mengapa. Hari ini hari pernikahan aku. Patutnya aku gembira. Lelaki ini aku kenali ketika dia menguruskan aku di wad kecemasan akibat asthma. Dan aku tidak ingat bila dia melamar aku, yang pasti dalam sujud istikharahku, memang benar dia jawapannya. Berkali-kali aku nyatakan aku bukan sesiapa jika dibanding dia. Setiap kali itu juga dia akan menegaskan kerana aku bukan sesiapalah dia mengahwini aku.

 

“Surat ni, saya nak bagi seorang lelaki yang saya cintai. Itu dulu. Saya nak musnahkan, tidak ingin ingat apa-apa lagi. Setia saya wajib untuk awak..err.. abang. Tapi, saya kena jujur dan menceritakan sebelum segalanya bakal menjadi teruk,”

 

Aku bersuara tenang dalam ketar. Aku unjukkan juga surat itu. Biarlah. Biarlah kalau dia akan berkecil hati dan memarahiku. Aku redha. Dan, dengan perlahan dia mengambil kertas separuh lunyai dek basah dengan air mata aku. Dia melipat penuh berhati-hati membiarkan aku tertanya-tanya. Lelaki ini memandang tepat, namun kerdipannya penuh sayu dan tenang.

 

“Sya isteri abang. Pandang sini. Saat abang melamar Sya, saat itu abang menerima setiap buruk baik Sya. Abang fahami setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku antara kita. Yang lepas tidak dapat diputar kembali. Abang terima Sya, dan masa lampaumu itu. Sya, tanpa surat ini pun abang tahu hatimu sudah terisi dengan manusia lain yang pasti bukannya abang. Matamu dah menceritakan segalanya, penolakan berkali-kali Sya ketika abang melamar juga nyata ada rahsia. Lagi jelas bila abang tanya kenapa, Sya tidak menjawab. Abang belum bodoh untuk mengetahui manusia begini. Sya, abang juga istikharah. Jawapannya tetap kamu. Sya lah wanita terbaik untuk abang, untuk agama abang, untuk dunia dan akhirat abang. Sya juga manusia yang melengkapi tulang rusuk abang. Bantulah abang membina mahligai istana didunia dan kahirat dalam mencapa redha DIA dan melengkapi sunah nabi kita,”

 

Dahi aku dikucup perlahan. Ya Allah, besar sungguh perancanganMU. Selagi aku terus bergantung padaMU, selagi itulah engkau tidak pernah berhenti mengurniakan yang terbaik untukku. Ya Allah, kekalkanlah perasaan ini dalam hidupku. Sungguh, aku bahagia bersuamikan suamiku, dan aku tidak ingin meminta lagi selepasnya apatah lagi mengingati sebelumnya. Biarlah aku menjadi isteri kepada manusia ini Ya Allah

Bookmark and Share

relationship

January 28th, 2009 by kenapenye

now kids, if u want 2 go swimming, u dont just dive in, 1st dip ur toe in the water, u check the temperature. see how it feels, n then u slowly wade in…

this is how i mET THE PERSON!!

Bookmark and Share